Showing posts with label BERITA UTAMA. Show all posts
Showing posts with label BERITA UTAMA. Show all posts

Sunday, 26 June 2011

Aktiviti JomMelayu@Persatuan Nurekhsan Budi

JomMELAYU telah mengadakan Hari Keluarga bertempat di Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah. Pada 11 dan 12 Disember 2010.               Anjuran JomMELAYU Zon Utara dan Persatuan NurEkhsan Budi Malaysia.
Hari Keluarga JM Jalinan Ukhuwah

Persatuan NurEkhsan Budi Malaysia

TELAH MENGADAKAN LAWATAN KE RUMAH ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN
AL-BARAKAH TELUK INTAN, PERAK BERSAMAAN DENGAN 04 JULAI 2010.
JUMLAH PENGHUNI ANAK2 YATIM YANG ADA HANYA SEKITAR 15 ORANG.
Lawatan ke rumah anak yatim al Barakah Teluk Intan 



 

Program Sukaneka ahli JM bersama kanak-kanak OKU anjuran Persatuan OKU Pulau Pinang

Ahli-ahli dari JomMELAYU.ning.com telah turut serta dalam aktiviti sukaneka kanak-kanak OKU yang telah dianjurkan oleh Persatuan kebajikan Orang Kurang Upaya Negeri Pulau Pinang, bertempat di Padang Kota Lama Pulau Pinang pada 28/05/2011. Terimakasih kepada ahli2 JM yang turut menderma.





Sunday, 24 April 2011

sekawanan merpati putih
menyiulkan lelagu lara
yang telah lama sirna
berganti jerebu duka
yang terpamit derita dan sengsara

moga takdir yang singgah

mengirimkan mimpi-mimpi indah
hidup ini bukan sekadar merintih sedih
dan mengumpul luka nan pedih
luka sengsara yang lama pasrah
ku lontarkan jauh ke lubuk sejarah...

Friday, 22 April 2011

PDK perlu khidmat ramai sukarelawan

SALAK TINGGI - Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Rumah Payung Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) memerlukan khidmat tambahan sukarelawan dalam membantu operasi pusat berkenaan mengurus dan memberi didikan kepada ahlinya.

Pengerusi Rumah Payung BBST, Tengku Normazini Raja Kemeluddin berkata, khidmat sukarelawan perlu bagi membantu PDK memberi perkhidmatan terbaik bagi kanak-kanak kurang upaya yang mendapat latihan di situ memandangkan jumlah pelatih yang semakin bertambah.

“Setakat ini kita mempunyai seorang penyelia dan dua guru yang bertanggungjawab menyelia dan melatih pelatih OKU, sedangkan terdapat kira-kira 34 pelatih terdiri daripada kanak-kanak istimewa yang memerlukan perhatian dan bantuan masyarakat komuniti,” katanya ketika ditemui semasa Program Lawatan dan Sumbangan Persatuan Wanita Majlis Perbandaran Sepang di sini.

Menurut Normazini, bersesuaian dengan kewujudan PDK, yang memerlukan kerjasama dan penglibatan komuniti, kehadiran lebih ramai sukarelawan pasti menjadikan kewujudan PDK lebih bererti dalam sesebuah komuniti di kawasan Salak Tinggi berkenaan.

Sehingga kini kita ada seramai Sembilan sukarelawan yang selalu hadir menghulur sumbangan tenaga dan galakan kepada operasi PDK ini. Kami mengalu-alukan lebih ramai sukarela yang sudi memberi sedikit masa dan tenaga untuk PDK rumah payung,” katanya.

Mazini menambah, PDK merancang banyak aktiviti untuk menambah dana dan Tabung PDK termasuk projek taman herba yang sedang diusahakan kini.

Sementara itu, pada program berkenaan, Persatuan Wanita Majlis Perbadaran Sepang (MPSepang) menyumbangkan sebuah televisyen plasma dan barangan cenderamata untuk anak-anak PDK.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Wanita MPSepang, Zuraidah Dahari berkata, kunjungan persatuan itu adalah antara program tanggungjawab sosial korporat selain dalam usaha memberi kesedaran kepada ahli persatuan tentang kewujudan insan istimewa yang memerlukan perhatian masyarakat.

Menurutnya, persatuan berkenaan turut merancang beberapa program sepanjang tahun ini berbentuk program amal dan kebajikan untuk ahlinya yang kini menjangkau seramai 150 orang.